10 warga asing ditahan polis atas pelbagai kesalahan imigresen

0
308

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam menahan enam warga asing semalam dan empat lagi Isnin lalu, di sekatan jalan raya Ops Benteng atas pelbagai kesalahan imigresen.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semalam PDRM melaksanakan 68 sekatan jalan raya Ops Benteng di seluruh negara, berbanding 66 operasi pada Isnin.

“Sebanyak 40,880 kenderaan diperiksa dalam operasi itu bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), terutama di lorong tikus,” katanya.

Ismail Sabri berkata, sejak 1 Mei hingga semalam, 850 PATI dan 153 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram.

Turut ditahan, 12 individu yang disyaki sebagai penyeludup serta 18 buah kapal.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri di Putrajaya, hari ini.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here