11 ditahan kes loteri haram, judi dalam talian

0
103

PETALING JAYA: Polis menahan 11 lelaki selepas terbabit kegiatan loteri haram dan judi dalam talian yang beroperasi di sebuah gerai makan di Taman Medan, di sini, petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu, enam ditahan kerana terbabit loteri haram termasuk seorang penganjur berusia 33 tahun, manakala baki disebabkan aktiviti judi dalam talian termasuk tiga daripadanya penganjur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata serbuan dijalankan susulan maklumat dan aduan diterima daripada penduduk setempat berhubung kegiatan itu.

“Siasatan mendapati kedua-dua kegiatan judi ini didalangi sindiket sama dan empat pekerja yang menjadi penganjur masing-masing dibayar gaji RM1,500 sebulan.

“Siasatan mendapati kegiatan itu aktif sejak dua bulan lalu dan menjadikan gerai makan terbabit sebagai tempat pertemuan antara penganjur dan kaki judi.

“Kita masih menyiasat pembabitan pemilik gerai terbabit dengan kegiatan itu dan buat masa ini kita dapati penganjur menjalankan kegiatan mereka secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, urusan jual beli loteri dikesan antara jam 2 petang hingga 7 malam setiap hari, manakala promosi serta urus niaga dijalankan menggunakan aplikasi WhatsApp dengan keuntungan antara RM300 hingga RM500 sehari.

Selain tangkapan 11 individu berusia antara 25 hingga 46 tahun, pihaknya turut merampas 11 telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM368 hasil dua kegiatan dua perjudian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan dalang utama sindiket dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(c) akta sama,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here