12 kaki judi dicekup

0
31

BUTTERWORTH: Polis menahan 12 individu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan judi loteri awam haram dan judi dalam talian di beberapa lokasi di sekitar sini, semalam.

Mereka ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU dalam dalam serbuan di 10 premis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan menerusi Op Dadu itu bermula 3 petang.

“Enam daripadanya didapati menjalankan kegiatan judi loteri awam haram, manakala empat premis lagi menjalankan kegiatan judi dalam talian.

“Lokasi terbabit, dua di Tasek Gelugor, tiga di Butterworth, dua di Sungai Dua, dua di Mak Mandin dan satu premis di Seri Pinang,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, hasil serbuan, polis menahan 12 individu, iaitu sembilan lelaki dan tiga wanita yang kesemuanya berumur antara 16 hingga 40 tahun.

“Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD SPU untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 4(1)(c) ARJT 1953.

Pada masa sama, Noorzainy menggesa orang ramai menyalurkan maklumat jika terdapat aktiviti perjudian seumpama itu.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here