12 kaunter APAD kembali beroperasi Rabu ini

0
144

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan kembali beroperasi bermula Rabu ini dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari.

APAD dalam kenyataannya, hari ini memaklumkan pengoperasian itu dilakukan di keempat-empat pejabat wilayah APAD iaitu Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Timur dan Wilayah Utara serta 12 kaunter APAD di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kaunter APAD di cawangan JPJ yang terbabit ialah JPJ Shah Alam, JPJ Wangsa Maju; JPJ Negeri Sembilan; JPJ Bukit Katil; JPJ Johor; JPJ Pahang; JPJ Kelantan; JPJ Ipoh; JPJ Seberang Jaya; JPJ Kedah; JPJ Langkawi dan JPJ Perlis.

“Selaras dengan ketetapan ini, jenis permohonan yang diterima di kaunter APAD adalah permohonan memperbaharui lesen, permohonan melesenkan kenderaan mengikut Surat Tawaran Kelulusan (STK), serahan dokumen kelulusan dan kad pemandu,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan lain di kaunter akan dikeluarkan kelak berdasarkan perkembangan semasa pandemik COVID-19 dan keputusan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Orang ramai yang berurusan di kaunter APAD dinasihatkan memastikan segala garis panduan pencegahan COVID-19 seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) seperti memastikan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan dan sentiasa menjaga jarak sosial,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here