120 kereta ‘ buggy’ musnah dalam kebakaran

0
243

NILAI: Sebanyak 120 kenderaan ‘buggy’ musnah dalam kebakaran di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada jam 2.37 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan tempat penyimpanan kenderaan di bawah aras bawah tanah kelab berkenaan.

“Dianggarkan sebanyak 120 ‘buggy’ terbakar 100 peratus dan kebakaran itu turut merebak di bangunan tingkat satu. Bagaimanapun, keadaan api dapat dikawal pada jam 3.23 pagi,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here