17 pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan di Batu Maung

0
42

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan 17 warga Myanmar yang bekerja di sebuah sangkar ikan di Batu Maung, tengah hari kelmarin.

Pengarahnya, Kapten Maritim Hamizan Harun, berkata penahanan itu dibuat menerusi Ops Benteng Laut di kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Batu Maung, dekat sini.

“Melalui operasi itu, 17 pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan untuk pemeriksaan.

“Tiga daripada mereka didapati memiliki permit kerja sudah tamat tempoh pada Februari 2018 manakala selebihnya tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta Seksyen 55E(1) kerana menempatkan pendatang asing tanpa izin di premis dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa permit yang sah,” katanya.

Hamizan berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan bagi membanteras kegiatan jenayah di perairan negeri ini.

Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here