2 maut kren bina lebuh raya jatuh

0
261

KUALA LUMPUR: Dua pekerja pembinaan disahkan maut, manakala dua lagi parah apabila sebuah kren ‘launcher’ digunakan dalam projek pembinaan lebuh raya di Persiaran Alam Damai, di sini, jatuh dan menghempap sebuah kenderaan, hari ini.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairul Azmi Jaafar, berkata insiden membabitkan empat mangsa terdiri daripada tiga pekerja projek itu dan seorang awam.

Katanya, kren ‘launcher’ itu jatuh dan menghempap sebuah kereta PERODUA Bezza menyebabkan pemandu seorang warga tempatan parah.

“Tiga lagi mangsa adalah pekerja projek pembinaan dengan dua mangsa dipercayai jatuh dari ketinggian 120 kaki (36.5 meter) dan disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya. Kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bomba menerima laporan kejadian pada jam 8.45 pagi sebelum mengerahkan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak, BBP Hang Tuah dan BBP Cheras ke lokasi.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here