2 pasangan kekasih diserbu tinggal serumah

0
1816

KUALA NERUS: Serbuan 30 penduduk termasuk badan bukan kerajaan (NGO) di sebuah rumah di Seberang Takir dekat sini, Ahad lalu membongkar rahsia dua pasangan kekasih yang tinggal serumah tanpa ikatan sah.

Difahamkan, dua pasangan kekasih itu mula tinggal serumah sejak setahun lalu dan mereka seolah-olah tidak mengendahkan penduduk setempat walaupun rumah berkenaan pernah dilakukan diserbu sebelum ini.

Ketika serbuan kira-kira jam 10 malam itu, terdapat tiga individu di dalam rumah berkenaan iaitu dua lelaki dan seorang wanita berstatus ibu tunggal.

Bagaimanapun, seorang daripada lelaki dipercayai pemilik rumah berkenaan melarikan diri menggunakan pintu belakang sebaik menyedari kehadiran penduduk.

Ketua Skuad Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, Zainuddin Awang berkata, dua individu yang berada di dalam rumah mengaku mereka adalah pasangan kekasih dan tinggal bersama dua lagi rakan iaitu lelaki yang melarikan diri sebelum ini serta kekasihnya yang secara kebetulan keluar membeli barang ketika serbuan.

Katanya, siasatan mendapati wanita berusia 30-an itu mengaku lari dari rumah semata-mata mahu tinggal bersama kekasihnya sebelum dia dihantar pulang ke rumah keluarganya.

“Kita hanya beri nasihat namun jika mereka masih berdegil dan mengulangi kesalahan sama, tindakan tegas akan diambil. Sebelum ini, rumah ini pernah diserbu namun ketika itu, ia hanya membabitkan beberapa anggota penguat kuasa sahaja dan mungkin ia tidak memberi kesan sehingga mereka berani untuk tinggal bersama.

“Jadi, kita harap serbuan kali ini dapat mengundang rasa takut supaya mereka serik untuk melakukan aktiviti tidak bermoral ini lagi,” katanya.

Selain Skuad SRS KRT Teluk Ketapang, serbuan sama turut disertai anggota Balai Polis Gong Badak, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Perumahan Telaga Daing, Skuad Amal Makruf, Briged Keselamatan dan Jiran Wanita Teluk Ketapang serta Kampung Baru.

Sumber: BERITA PENUH

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here