Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa Putrajaya memberikan masa kepada Mara Corporation, syarikat pelaburan Majlis Amanah Rakyat, untuk selesaikan permasalahannya.

Cemas dengan laporan mengenai kemungkinan penutupan dan divestasi aset, Ketua Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata perkembangan itu akan menjejaskan pembangunan sosio-ekonomi orang Melayu.

Beliau “sangat bimbang” laporan itu berkata Mara akan tumpu pada pendidikan.

Yazid bekata jika Mara hanya tumpu pada pendidikan, ia hanya akan menghasilkan “pekerja” tetapi dengan Mara Corp, lebih banyak yang ia boleh lakukan.

Ketua Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman.
Yazid berkata Akta Majlis Amanah Rakyat memberi kuasa kepada Mara untuk mempromosi dan menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial.

“Ternyata pemimpin sebelum ini membayangkan skop Mara tidak terhad pada pendidikan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata kepimpinan baru Mara Corp terpaksa selesaikan masalah lepas. Menanggal keseluruhan sistem itu adalah “keterlaluan”.

Beliau menggesa kerajaan memberi masa kepada kepimpinan baru Mara Corp selesaikan masalahnya. “Hasilnya adalah mengalakkan, jadi kita tidak perlu mengambil langkah-langkah keras seperti menutupnya.”

Yazid berkata kerajaan harus mengelakkan kesilapan pentadbiran lepas iaitu melepaskan kawalan ke atas aset-aset Bumiputera, seperti menghapuskan kuota Bumiputera 30% bagi syarikat-syarikat yang mahu tersenarai dalam pasaran saham.

“Apa sahaja yang kerajaan mahu lakukan, ia mesti pastikan ia mempunyai impak yang baik ke atas masyarakat Bumiputera,” katanya.

FMT 

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here