Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya yang menyentuh hati sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Sampai di Tapah, saya ternampak seorang hamba Allah sedang menolak motor. Sebelum saya berhenti, sempat saya berfikir.

Takut juga nak berhenti. Takut perkara yang tak diingini sebab masa itu saya seorang sahaja. Tapi tak sampai hati pula, akhirnya saya berhenti dan saya bertanya kepada si dia.

‘Bang, kenapa? Motor rosak ke?’ ‘Tak lah, motor saya habis minyak.’

‘Nak saya tolong hantar ke pam minyak tak?’ ‘ Tak apalah bang.’ ‘Dari mana nak ke mana?’ ‘Nak ke Pulau Pinang.’

‘Macam mana boleh habis minyak?’ (Dah mula saya fikir ada yang tak kena). Lepas tu saya cakap dekat dia, ‘tak apalah bang, saya tolong hantar abang pergi pum minyak.’ Saya pun angkat motor dia atas kereta saya, dalam perjalanan kami mula berbual.

‘Abang dari mana nak ke mana?’ ‘Saya dari Kuala Lumpur nak balik rumah, rumah saya di Pulau Pinang.’

‘Macam mana boleh habis minyak? Apa sebenarnya yang terjadi? Dah berapa jauh tolak motor tu?’ saya tanya lagi.

Dia jawab, ‘ saya dari Tanjung Malim, minyak motor habis. Dah 6 jam saya tolak motor ni.’ ‘Habis nak tolak motor dari mana?’ ‘Tolak sampai rumah (Pulau Pinang).’

‘Jauh tu, silap-silap dua hari pun tak sampai lagi.’ Dia hanya mendiamkan diri. Lepas tu saya tanyalah dia ‘buat apa di Kuala Lumpur dan berapa lama di sana?’

‘Saya dapat kerja di Kuala Lumpur sebagai pengawal keselamatan. Dah dua bulan saya bekerja di Bukit Jalil, makan minum, tempat tinggal disediakan. Dah dua bulan kerja tak bayar gaji, lepas tu saya minta gaji nak kirim ke kampung, tetapi bos saya terus marah. Dia bagi saya duit RM5. Dia kata lepas ni aku tak nak tengok muka kau. Dengan duit RM5 tu saya isi minyak. Sampai di Tanjung Malim minyak motor habis, tu yang saya tolak.’

Terus saya mendiamkan diri tanpa banyak soalan lagi kerana masa tu tiba-tiba je mata saya masuk habuk. Sampai ke Pulau Pinang, saya turunkan dia di sebuah pam minyak dan saya bagi dia RM10, nak bagi lebih tapi saya bukan orang senang. Hanya mampu bagi seikhlasnya sahaja.

Sumber: OhBulan

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here