Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

“Bagi pemilik restoran atau kedai makan (persendirian), kita mempunyai garis panduan yang akan dikeluarkan KPKT berhubung perkara terbabit di mana mereka perlu memohon kebenaran daripada PBT untuk membina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang berada dalam lot kedai.

“Kawasan khas merokok itu perlu mempunyai bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok dan mereka boleh membinanya secara berkongsi (jika dalam satu lot bangunan itu terdapat lebih daripada sebuah restoran) dengan kos ditanggung mereka sendiri.

“Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediakan kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntukkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000, ” menerinya Zuraida Kamaruddin dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Putrajaya.

Berita Harian melaporkan, sehingga kini KPKT sudah mempunyai satu model kawasan khas merokok dibina di Ampang yang mempunyai dua pondok kawasan merokok dengan kelengkapan bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok.

Kawasan khas merokok

Sementara itu, KPKT juga membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau PBT, menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.

Kawasan merokok di Ampang

Bagaimanapun kawasan khas merokok terbabit, yang disediakan tempat membuang puntung rokok itu, tidak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh perokok.

Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan larangan merokok di kedai makan di seluruh Malaysia bermula 1Januari lalu.

Sumber : Malaysia Kini

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here