Sungguh kurang ajar tindakan sekumpulan murid sekolah menengah memukul dan belasah guru kelas mereka. Hanya kerana ditegur oleh seorang guru lelaki ini, pelajar tersebut bertindak diluar kawalan dan membelasah guru berkenaan hingga rebah ke atas lantai.

Tidak puas hati ditegur

Menurut laporan Harian Metro, guru lelaki tersebut hanya menegur pelajar Tingkatan 3 menunggang motosikal tanpa lesen di Song, Kapit di Sarawak. Pelajar berkenaan berang dan bertindak memukul serta belasah guru tersebut. Kejadiaan itu berlaku di sekolah menengah di daerah tersebut sekitar 11.00 pagi.

Difahamkan pelajar terbabit tidak berpuas hati terhadap teguran guru berkenaan berhubung tindakannya yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen.

Menghempas mangsa ke lantai

Ketua Polis Daerah Song Deputi Superintendan Rowney Michael Jalak menyifatkan kejadiaan itu keterlaluan sehingga memukul mangsa hingga rebah ke lantai. Kejadiaan tersebut disaksikan seorang guru lain di sekolah berkenaan.

Selain menumbuk, suspek juga mengangkat serta menghempas guru berkenaan ke lantai sehingga mangsa mengalami luka di kepala dan tangan sebelah kiri. Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi guru yang kemudian meleraikan situasi berkenaan.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here