ratu elizabeth
ratu elizabeth

Baru-baru ini, Putera Harry dan Meghan Markle membuat satu pengumuman di Instagram, bahawa mereka bakal meninggalkan keluarga diraja England dan akan bekerja mencari sumber kewangan sendiri.ADVERTISING

Menerusi laporan Berita Harian, Ratu Elizabeth bakal mengadakan mesyuarat bersama cucunya itu demi membincangkan perancangan masa depan mereka setelah membuat pengumuman tersebut.

Mesyuarat berlangsung esok

Mesyuarat yang akan dihadiri oleh ayah dan abang Putera Harry iaitu Putera Charles dan Putera William itu akan berlangsung esok di penginapan Ratu Elizabeth di Sandringham, Norfolk, England. Manakala, Meghan akan menyertai mesyuarat tersebut melalui telefon kerana sudah berada di Kanada.

Pasangan ynag dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex itu, mengambil keputusan mahu mencipta peranan baru dalam institusi diraja dan mereka bersedia untuk melakukan perubahan yang lebih besar iaitu membahagikan masa antara United Kingdom dan North America disamping terus berkhidmat kepada Queen Elizabeth.

Tidak berunding semasa buat keputusan

Pengumuman Putera Harry yang dibuat pada hari Rabu yang lalu ternyata mengejutkan seluruh keluarga diraja kerana mereka tidak berunding dengan Ratu Elizabeth dan seluruh ahli keluarga yang lain. Ekoran daripada itu, seluruh anggota keluarga diraja dan ratu berasa kecewa dan disakiti.

Terdahulu, patung lilin pasangan tersebut tidak lagi dipamerkan dalam ruangan keluarga Diraja Britain iaitu di Muzium Madame Tussauds sejurus mereka meninggalkan sistem keluarga Diraja England.

Sumber: Oh bulan Berita Harian & Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here