Biasanya bila sebut Perlis. Orang akan tanya “Apa yang best dekat Perlis?” (sambil buat muka confuse). Selain menjadi tempat persinggahan utama untuk pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi atau Thailand. Perlis juga merupakan tempat tarikan pelancong seperti di Gua Kelam serta tempat kaki shopping iaitu Padang Besar.

Nak tahu apa lagi yang Best? Mestilah makanan! 

Jom kita tengok satu persatu makanan yang kami cadangkan anda cuba jika anda ke Perlis bermula dari sarapan hingga ke makan malam.

SARAPAN PAGI

Pulut Mempelam / Pulut Mangga

Perlis sememangnya popular dengan buah mangga atau ‘mempelam’ lagi-lagi Mempelam Harum Manis yang menjadi kegilaan peminat buah mangga bila tiba musimnya.

Di Perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi rasa yang menarik bila rasa lemak pulut santan bercampur dengan rasa manis buah mempelam. PADU!

Makan Tengahari

Restoran Anjung Keli

Memang tak lengkap lah kalau datang ke Perlis tapi tak singgah di Restoran Anjung Keli, lokasi makan tengahari paling famous di Perlis.

Apa yang special mengenai kedai ini adalah menu ikan keli yang disajikan. Memang sedap! Buat anda yang tidak memakan ikan keli, anda tidak perlu risau sebabnya hidangan lauk-pauk yang tersedia banyak disini memang semuanya enak.

Kalau anda peminat masakan kampung, ikan sungai, ulam-ulaman, anda pasti jatuh cinta dengan restoran ini. Gambar-gambar selebriti dan orang kenamaan menjadi hiasan dinding restoran ini. Wajib cuba!

Makan Petang

Kak Su Laksa

Haa ni lagi satu tempat yang wajib kena mai bila sampai perlis. Petang petang kena laksa kak su ni memang nikmat gila. Laksa kak su ni terletak di kuala perlis. Kalau kita tanya orang perlis pun depa akan kata laksa ‘kola perelih’ la yang paling sedap. So yang mana dah sampai perlis tu anda kena singgah di kak su laksa.

Yang bestnya dekat sini, semua bahan masakan diproses sendiri. Kuah laksanya merupakan yang paling best sekali sebab pekat. Isi ikan pula fresh dari jeti kuala perlis.

Makan Malam

Restoran Api Api

Kuala Perlis memang terkenal dengan seafood sedap-sedap. Biasanya orang bukan tempatan akan pergi ke medan selera Komalaut yang memang popular. Tapi kami nak share tempat makan yang tidak begitu mainstream di sini.

Pilihan seafood yang ditawarkan memang banyak dan puas hati. Jika anda peminat ikan bakar, Kuala Perlis adalah tempatnya. Selain itu, menu lain seperti kerang dan sotong goreng tepung turut menjadi masakan pilihan pengunjung yang datang.

Dicadangkan untuk booking terlebih dulu sebelum sampai supaya tak perlu menunggu lama lebih-lebih lagi jika anda bawa sekeluarga untuk makan besar. Overall makanan sedap dan berpatutan. Suasana pun tenang makan sambil menikmati bayu laut.

Sumber : vocket

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here