Tahniah Pihak DBKL kerana memberikan peluang kepada karyawan tempatan untuk terus berkarya di ibukota.

Foto : Saudara Adlan Aman dan Karyawan

“Hari ni( 14 Jan 2020 ) dan esok 20 Jan 2020, saya berada di Menara DBKL sempena Bengkel Pemantapan KL Street Artist tujuan renew permit untuk berkarya dalam Bandar KL.”

Kredit kepada Facebook Adlan Aman
Foto : Saudara Adlan Aman dan Karyawan

Satu usaha yang boleh dipuji dan sangat bagus oleh pihak DBKL. Kerana keutamaan diberikan kepada anak tempatan.

Sepertimana yang diketahui umum, Ibukota Kuala Lumpur adalah tumpuan pelancong. Jadi adalah sangat bagus untuk karyawan tempatan untuk terus menyuntik elemen Kemelayuan dan Budaya Rakyat Malaysia.

Foto : Saudara Adlan Aman dan Karyawan

Negara-negara maju seperti Jepun, Canada, UK, dan lain-lain, mereka juga memberikan peluang kepada anak tempatan untuk terus berkarya dan berniaga di “Tourists Area”.

Disamping memperkenalkan budaya mereka kepada pelancong, ia juga dapat menambah pendapatan anak tempatan. Tahniah sekali kepada DBKL dan pihak berwajib kerana prihatin dalam membantu golongan karyawan DiMalaysia.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here