Seorang insan yang bergelar bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan golongan bapa ini sememangnya perlu dihargai dan diberikan penghormatan oleh setiap anak apabila mereka dewasa kelak.

Menerusi catatan seorang guru Fazly Hafiz Yahaya di laman Facebooknya baru-baru ini, dia berkongsikan sebuah kisah yang sangat menyentuh hati apabila seorang bapa dilihat setia menemani anaknya yang berusia 9 tahun berlari bagi acara merentas desa di sekolahnya. Terharu sangat!

‘Teman’ anak merentas desa

Definisi kasihnya seorang ayah. Di hari-hari terakhir persiapan Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Track merentas desa ini bukanlah untuk murid tahap 1 namun demi mencabar diri, murid tahun 3 ini cuba sedaya upaya menghabiskan lariannya. Dia kelihatan yakin dengan keupayaannya. Melangkah setapak demi setapak.

Dia pula ayah yang mengikut dari belakang dan tanpa ada rasa jemu memberi kata-kata semangat buat si anak. Tiba masa, demi memastikan anak tidak berputus asa, dihentikannya motor dan mula menuntun motornya seiring dgn larian anak.

Larian bersama yang dipenuhi dengan rasa gembira demi menyelesaikan misi bersama iaitu melepasi garisan penamat. Ini larian yang nyata tidak ambil peduli perihal menang atau kalah. Hanya larian pengikat kasih antara seorang ayah dan anak.

Netizen turut tersentuh

Perkongsian yang dibuat individu itu ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terharu melihat situasi tersebut. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka turut memuji tindakan yang dibuat oleh bapa tersebut kerana sanggup menemani dan memberikan semangat kepada anaknya sehingga ke garisan penamat.

Sumber: Facebook Fazly Hafiz Yahaya

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here