Video yang telah ditonton lebih dari 820,000 kali dan dikongsi lebih dari 17,000 kali itu menunjukkan Trump berucap di sebuah perhimpunan sebelum berhenti tiba-tiba dan kemudiannya dikelilingi oleh pengawal keselamatan selepas sebuah suara kedengaran dalam trek audio berkata “Allahu Akbar”

Terdapat pos-pos Facebook yang lain yang mempunyai dakwaan yang sama di sinisinisini dan sini

Video yang sama juga telah ditonton hampir sejuta kali dan dikongsi puluhan ribu kali di Facebook, Twitter dan YouTube dalam pos-pos bahasa Hindi dengan dakwaan serupa.

Laporan berita insiden Mac 2016 itu dimainkan, kejadian yang berlaku sebelum Trump menjadi presiden Amerika Syarikat.

Dakwaan itu tidak benar. Video itu telah menunjukkan kejadian pada 12 Mac 2016 di sebuah perhimpunan di Ohio apabila Trump sedang berkempen untuk menjadi presiden. Di dalam beberapa video insiden itu, tiada sesiapa pun kedengaran berkata “Allahu Akbar”.

Carian imej terbalik Google menggunakan “keyframes” yang diambil daripada video yang mengelirukan itu mendapati rakaman yang sama insiden tersebut yang diterbitkan oleh penerbit Amerika Syarikat ABC News pada 12 Mac 2016 di saluran YouTube rasminya di sini.

Video sepanjang 45 saat itu, diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia, berjudul: “Pengawal Trump Bergegas ke Pentas di Perhimpunan Ohio.”

Kapsyennya menyatakan: “Ejen Perkhidmatan Rahsia dikehendaki mendampingi Donald Trump di atas pentas semasa perhimpunannya di Ohio pada hari Sabtu, hanya sehari selepas beliau membatalkan sebuah acara gara-gara atas kebimbangan keselamatan.”

Sumber : Semakan Fakta

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here