KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

7.20 malam: BN gah mendahului PRK Parlimen Kimanis selepas calon BN, Datuk Mohamad Alamin mendahului dengan majoriti 1,783 undi. Mohamad memperoleh 11,742 undi meninggalkan calon, WARISAN, Datuk Karim Bujang yang beroleh 9,959 undi.

Sumber Gambar: FB Buletin TV3

7 petang: BN terus mengungguli PRK Parlimen Kimanis selepas calonnya, Datuk Mohamad Alamin, mendahului dengan 10,449 undi, manakala calon WARISAN, Datuk Karim Bujang beroleh 8,840 undi. BN di depan dengan 1,609 majoriti.

6.45 petang: Calon BN, Datuk Mohamad Alamin, terus mendahului PRK Parlimen Kimanis dengan majoriti 1,083 selepas memperoleh 7,169 undi, manakala Calon WARISAN, Datuk Karim Bujang beroleh 6,086 undi.

Sebanyak 50 daripada 70 peti undi sudah dibuka.

6.30 petang: Calon BN, Datuk Mohamad Alamin kekal mendahului PRK Parlimen Kimanis dengan 4,693 undi meninggalkan calon WARISAN, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 4,176 undi.

6 petang: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin mendahului kiraan undi pada PRK Parlimen Kimanis.

Mohamad memperoleh 1,281 undi diikuti calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Karim Bujang, yang memperoleh 1,050 undi.

Pengiraan undi itu dibuat di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort.

Seramai 29,664 pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis pada PRK kali ini.

Peratusan keluar mengundi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 4 petang tadi ialah 76.14 peratus, ia dijangka meningkat sehingga 80 peratus selepas pengundian ditutup 5 petang ini.

Lagi berita berkaitan PRK Kimanis Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 6:22 PM

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here