Bukan saja muzik K-Pop yang popular di Malaysia, malah makanan dari Korea juga turut menjadi kegemaran ramai. Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia menjadikan Korea sebagai salah satu destinasi percutian pilihan.

Dengan suasananya yang sejuk, sudah pasti ramai yang mahu berkunjung ke sana ditambah pula dengan kepelbagaian makanan di negara tersebut menambat hati para pelancong untuk bercuti ke sana.

Berikutan pelancong dari Malaysia sering ke negara itu, terdapat beberapa papan tanda di sana kini menggunakan bahasa Melayu.

Inisiatif yang dilakukan oleh pihak Korea itu sekaligus memudahkan rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu untuk mendapatkan maklumat.

Difahamkan, pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang telah menterjemah bahasa untuk papan-papan tanda tersebut dan usaha itu telah mula dilakukan sejak tahun lepas lagi.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan bangga kerana pihak Korea Selatan memartabatkan bahasa Melayu kita. Malah, ramai yang berterima kasih dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Korea.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat orang luar dilihat lebih menghargai bahasa kebangsaan kita berbanding rakyat kita sendiri

Sumber: Vitdaily

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here