Hari ini kami nak kongsikan dengan anda kadar mas kahwin pada tahun 2020 mengikut negeri. Setiap negeri mempunyai ketetapan mas khawin tertentu dan ada juga negeri yang tidak menetapkan.

Kuala Lumpur

Mas khawin bagi sekitar negeri wilayah persekutuan Kuala Lumpur adalah sebanyak RM 80 untunk bujang dan RM 40 untuk janda.

Johor & Pahang

Untuk sekitar negeri Johor dan Pahang mas khawin yang ditetapkan untuk bujang dan janda adalah sama iaitu sebanyak RM 22.50.

Melaka

Mas khawin untuk negeri Melaka untuk bujang dan janda juga sama ketetapannya iaitu sebanyak RM 100.

Negeri Sembilan

Mas khawin untuk Negeri Sembilan pula, bagi yang bujang ditetapkan sebanyak RM 200 manakala janda sebanyak RM 100.

Wilayah Persekutuan Labuan

Ketetapan mas khawin bagi sekitar wilayah persekutuan labuan adalah sebanyak RM 80 untuk bujang dan janda.

Sabah

Mas khawin di negeri Sabah untuk tahun 2020 adalah sebanyak RM 100 untuk bujang dan RM 80 untuk janda.

Sarawak

Mas khawin di negeri Sarawak untuk bujang dan janda juga adalah sama iaitu sebanyak RM 120.

Selangor

Ketetapan mas khawin untuk tahun 2020 bagi negeri Selangor adalah yang paling tinggi sekali. Jumlah yang ditetapkan untuk bujang dan janda adalah sebanyak RM 300.

Perak

Mas khawin untuk negeri Perak pula sebanyak RM 101 untuk bujang dan janda.

Pulau Pinang

Mas khawin untuk Pulau Pinang ditetapkan hanya sebanyak RM 24 untuk bujang dan janda.

Kelantan, Kedah, Terengganu & Perlis

Bagi kadar mas khawin untuk setiap 4 negeri ini adalah sama iaitu Tiada Ketetapan untuk mas khawin bagi tahun 2020.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here