Assalamualaikum w.b.t & Selamat pagi semua. Terima kasih kerana menyokong BMF MEDIA TV dan menyokong kempen BMF.

Inilah adalah pandangan daripada saya, sebagai seorang aktivis dan juga sebagai seorang usahawan. Sebenarnya kami adalah platform untuk membantu usahawan-usahawan kecil melayu dalam mempromosikan produk muslim mereka. Jadi kami menggunakan platform website buymuslimfirst dan Facebook BMF Media TV untuk mempromosikan produk-produk muslim. Bukan kami sahaja yang membantu usahawan tetapi banyak lagi organisasi atau platform BMF lain yang turut membantu dalam menaikkan produk muslim ini.

Terima kasih kepada mereka yang meneruskan perjuangan buy muslim first ( BMF) ini serta sekalung tahniah kami ucapkan. Antara kaedah yang digunakan bagi memastikan masyarakat tahu tentang kewujudan pelbagai produk muslim. Caranya adalah dengan memuat naik gambar dan video-video perniagaan mereka sejajar dengan teknologi media digital sekarang ini.

Antara Usahawan yang kami turun buat LIVE

Tujuan kami membantu para usahawan yang baru memulakan perniagaan adalah supaya mereka lebih bijak dan bersungguh-sungguh dalam perniagaan yang dilakukan serta kami juga memberikan sedikit info berkaitan dengan marketing untuk mereka gunakan. Alhamdulilah, hasil usaha yang gitu dari pasukan Buy Muslim First, di tambah dengan sokongan masyarakat banyak peniaga-peniaga yang memperoleh peningkatan dalam hasil jualannya dan semakin maju berjaya.

Akan tetapi,sejak kebelakangan ini kami lihat ramai peniaga-peniaga kecil melayu yang mengalami kesulitan dalam menjalankan perniagaan. Sebagai contoh, rumah mereka diroboh dan operasi kedai mereka mula digangu oleh pihak2 tertentu. Saya menulis artikel ini adalah luahan hati dan pandangan saya kepada pemerintah pada masa kini. Ini sekadar pandangan sahaja. Saya melihat bahawa mereka cuba menggugat peniaga kecil melayu terutamanya menggunakan akta dan peraturan untuk menghalang mereka berniaga.

Jadi saya sebagai usahawan yang pernah berniaga di tepi jalan secara kecil-kecilan jelas menunjukkan bahawa peniaga melayu kian ditekan atau di anak tirikan ditambah lagi dengan kemelesetan ekonomi ini, perniagaan kecilan adalah jalan cepat untuk masyarakat menambah pendapatan tetapi yang menyedihkan di saat itu juga perniagaan mereka digangu,dengan ini adakah melayu akan terbangsat di tanah air sendiri

Tidak dapat kita jangkakan kenapa pemerintahan hari ini tidak memberi peluang bahkan tidak memberi ruang untuk mereka berniaga. Kenapa ini semua terjadi? Mereka meniaga hanya untuk menyara diri dan keluarga. Mereka juga perlu membayar rumah, kereta serta yuran untuk persekolahan anak2.

Jadi saya sebagai admin BMF Media TV menyeru kerajaan hari ini lihatlah dan bukalah mata jangan perlekehkan peniaga kecil-kecilan. Sedangkan peniaga yang berjaya pada masa kini juga bermula dengan berniaga kecil kecilan. Sekiranya peniaga ini dihalang dari berniaga, bagaimana mereka mahu hidup dan terus maju jaya dalam perniagaan.

Kami di BMF tidak cenderung kepada mana2 politik . Kami hanya membantu usahawan dan berasa sedih apabila peniaga melayu yang dihentam hampir saban hari tanpa ada tangan yang membantu mereka. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jika mereka memohon lesen maka luluskan bukan lengahkan permintaan mereka.

Jika perniagaan mereka ditutup, Macam mana mereka mahu makan? Kepada kepimpinan masa kini, berilah mereka peluang untuk berniaga kerana mereka yang memilih dan mengundi anda, jika mereka buat salah bantu untuk perbetulkan bukannya terus halang atau merobohkan hingga tertutup periuk nasi peniaga yang bergantung hidup pada peniaagaan itu. Dengarlah suara hati mereka. Tolong dan bantu mereka, bangun dari mimpi kelazatan pangkat dan darjat itu dan berfikirlah sejenak apa yang telah kamu perjuangkan pada bangsa Melayu.

merekalah yang memilih dan mengundi kerajaan sekarang ini Jika mereka menyokong kerajaan kenapa kerajaan tidak menyokong mereka. Harapan saya adalah, saya mengharapkan kerajaan memberi mereka laluan dan janganlah menekan peniaga dan pengguna. Tolong bantu mereka, sekiranya mereka salah, tolong mereka untuk memperbaiki kesalahan. Janganlah ada sifat dendam antara satu sama lain.

Sekian daripada saya,

Kabul Idris , Aktivis BMF Media TV

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here