infected

KEMASUKAN CHINA KE TANAH MELAYU

Jika kita Pergi ke beberapa negara maju atau sederhana pasti akan berjumpa dengan masyarakat china kerana mereka adalah bangsa yang berhijrah dan berpindah sewaktu ketika dahulu akibat negara mereka yang menghadapi masalah ekonomi,pemerintahan dan politik serta faktor kemiskinan. Asal usul mereka adalah dari sebuah kehidupan yang susah dan mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang cerah dengan cara menghijrah ke negara lain tetapi kini negara mereka adalah sebuah negara yang maju jaya akibat kebangkitan mereka dari kesusahan. Di sini kami ceritakan serba sedikit punca utama Kemasukan China ke Tanah Melayu dan ini adalah sejarah asal bahkan ianya bukanlah kisah dongeng.

DASAR KERAJAAN MANCHU

Dasar kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos pentadbiran yang semakin bertambah turut menambah beban rakyat Cina. Akibatnya, tidak mampu membayar cukai yang tinggi ditambah dengan kemusnahan tanaman akibat bencana alam telah mengakibatkan petani terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas desakan hidup inilah telah mendorong orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.

 KEKACAUAN POLITIK PEMERINTAHAN MANCHU

 Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu. Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan Manchu. Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan kadar cukai yang tinggi. Tambahan pula, orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai dinasti asing. Kebencian orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu mendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.

PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU

Tanah Melayu mula mengalami perkembangan ekonomi mulai pertengahan abad ke-­19 yang telah mendorong kedatangan orang Cina. Tanah Melayu mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi kerana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah, di ladang lada hitam dan kopi. Antara tahun 1899-1900, terdapat sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap di Tanah Melayu akibat penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ekoran kenaikan harga bijih timah. Kemajuan perusahaan getah turut menarik kedatangan imigran Cina. Pada tahun 1931, hampir separuh daripada penduduk yang terlibat dalam penanaman getah adalah merupakan orang Cina.

DASAR INGGERIS DI TANAH MELAYU

 Kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah menyebabkan Inggeris menggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini kerana orang Melayu lebih tertumpu dalam aktiviti sara diri terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, Inggeris tidak begitu berminat memajukan orang Melayu kerana Inggeris bimbang orang Melayu akan bangun menentang mereka. Bagi menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu, Inggeris telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda orang Cina di Tanah Melayu. Buktinya, Inggeris telah berjaya menamatkan Perang Larut, Perang Kelang serta membanteras kegiatan perlanunan. Kerajaan Inggeris juga tidak mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan datang ke Tanah Melayu tanpa had sehingga tahun 1929. Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya di sektor perlombongan

 Kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan turut menjadi sebab kedatangan imigran Cina. Terciptanya kapal wap (stim) bagi menggantikan “kapal layar” telah menghidupkan minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu dengan cepat dan murah. Orang Cina dari wilayah Selatan China seperti Kwangtung dan Fukien terkenal dengan sifat-sifat keberanian, gemar mengembara serta berdaya usaha yang tinggi. Tanpa mengenal erti kecewa dan putus asa, mereka nekad membina kehidupan baru yang lebih baik dan selesa meskipun terpaksa meninggalkan tanah air sendiri. Berbekalkan semangat kental, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.

Kini masyarakat china boleh hidup aman damai di beberapa buah negara lain terutama Malaysia dengan demikian bagimana pula dengan nasib orang islam di negara china sekarang. Adakah mereka bebas menganuti agama mereka dan adakah mereka hidup dengan aman dan selesa.

BMF MEDIA TV

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here