Ajal dan maut sememangnya rahsia Allah, namun sebagai umat Islam kita seharusnya selalu berdoa agar kematian kita dalam keadaan baik, dalam erti kata lain dalam ‘husnul khotimah’. Seperti perkongsian kali ini membuatkan hati kami tersentuh dan sebak.

Bayangkan betapa mulianya hati seorang lelaki ini cuba membantu mengalihkan tayar pecah. Namun dia dilanggar lori 3 tan sehingga menyebabkan dia maut di tempat kejadian. Sebaknya.

Ingin alihkan tayar lori

(sekadar gambar hiasan)

Allahuakbar !!! Allahuakbar !!! Allahuakbar !!!

Hari ini menyaksikan peristiwa yg mengerikan. Seorang kontraktor binaan berbangsa Melayu dilanggar oleh lori 3 tan di Highway Plus. Meninggal ditempat kejadian. Berpunca dari beliau ingin mengalihkan tayar lori pecah diatas jalan raya

Semasa ketibaan aku,dia masih hidup lagi dalam keadaan tercungap. Jadi aku hanya mampu teduhkan beliau menggunakan reflector sahaja.

Menurut lelaki ini, kontraktor binaan itu dilanggar oleh lori 3 tan gara-gara sikapnya yang ingin membantu mengalihkan tayar lori pecah di atas jalan raya. Namun sikap mulia itu menyebabkan dia dilanggar. Ketika kejadian lelaki ini sempat membantu teduhkan mangsa menggunakan reflector.

Pengakhiran dibuat adalah sedekah

Dari segi rupa aku sangkakan cina. Rupanya melayu setelah dijelaskan oleh pekerja beliau yg memakai topi warna coklat. Niatnya sangat murni. Aku percaya arwah adalah seorang yg kuat sedekah sehinggakan perkara dipengakhiran hayat dibuatnya adalah sedekah..Hayati hadis dibawah :-

Dari Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari mulai terbitnya matahari. Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki kenderaan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaan tunggangannya adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan membuangkan sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalangi orang dari jalan adalah sedekah”.(HR Bukhari No: 2767) Status: Hadis Sahih

Pengakhiran yang mulia..Semoga Allah swt mengampunkan dosanya beserta ditempatkannya dikalangan orang2 beriman..

Pada awalnya lelaki ini menyangka kontraktor itu berbangsa cina namun ianya dijelaskan sendiri oleh pekerja nya berdasarkan topi dipakai. Sebaknya apabila pengakhiran hidup arwah adalah kerana suka membantu. Sama sama kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Ramai bersedih

Sumber : Nurhazman Ridzuan , ohbulan

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here