Assalamualaikum semua yang berdekatan mintak hadir bersama-sama di Perhimpunan & sidang media.

Poster dr Fb Komuniti Kampung Olak Lempit

Admin BMF Media TV juga dijemput hadir dan sidang media adalah bertujuan utk memohon supaya Kerajaan yang Memerintah membina Jejantas & Bonggol di KM31 Jalan Banting(Kawasan Melayu).

Infomasi Sidang Media:-
Hari : Rabu
Tarikh : 29 Januari 2020
Waktu :5 Petang
Lokasi : Perkarangan Pusat Penjaja MDKL Olak Lempit

Semoga usaha penduduk tempatan dimakbulkan oleh Allah SWT. Dan doa anda semua rakyat Malaysia kami perlukan. ameen

Admin BMF dapat maklumat bahawa Perhimpunan ini berikutan dari kemalangan demi kemalangan sehingga yang paling baru adalah pada 21 Januari baru-baru ini yang membawa kepada kematian. Berita penuh dibawah ini.

Berita Dipetik dari Harian Metro

PERJALANAN dua pelajar menuju ke sekolah berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas dilanggar lari sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 11, Jalan Banting – Dengkil, di Kuala Langat, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa, Nur Aida Rafhanah Zaidi, 13, maut di lokasi kejadian manakala rakannya, Aina Safiyah Saparin, 13, patah tangan kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati semua mangsa dalam perjalanan dari rumah menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Changgang.

Menurutnya, mangsa memakai pakaian sekolah manakala rakannya memakai pakaian sukan.

“Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dilapor sedang melintas jalan di kawasan berkenaan untuk ke perhentian bas.

“Ketika melintas, kedua-dua mangsa dilanggar sebuah kereta yang sehingga kini belum dapat dikenalpasti yang kita percayai pemandu kenderaan itu melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro.

Azman berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya patah tangan kanan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan rakannya dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Kata Azman, siasatan lanjut dan usaha mengesan saksi bebas masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lau Ung Hee di talian 019-6699901,” katanya.

Sumber : Harian Metro, Komuniti Kampung Olak Lempit

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here