Melalui fasa ujian memandu sambil diperhatikan oleh pegawai JPJ di sebelah tentu ia pengalaman paling mendebarkan buat mereka yang pernah mengambil ujian memandu. Kalau dapat pegawai JPJ sporting memang best, tapi kalau dapat yang garang memang bergegar lutut.

Nampaknya ini merupakan berita gembira buat calon-calon ujian memandu akan datang dimana tiada lagi pegawai JPJ akan ditempatkan di sebelah calon ujian memandu mulai Jun 2020.

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.

Bagaimanapun, pegawai JPJ tetap akan memerhati para calon serta memberi arahan kepada mereka, cuma ia dilakukan dari bilik kawalan.

Menurutnya lagi, perlaksanaan tersebut bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekali gus meningkatkan integriti jabatan.

Sumber : Vitdaily

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here