Mengundang Bahaya Penduduk

Terkini – Kami dari BMF Media TV telah mendapat satu berita yang disebar oleh netizen mengenai seorang budak berumur 2 tahun tidak dikuarantin. Sumber mendapati kanak- kanak tersebut mempunyai simpton Influenza Like Ilness demam dan batuk. Pihak hospital menyarankan supaya kanak kanak tersebut dikuarantin di hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi dihalang oleh ayahnya atas faktor tiket penerbangan berlepas pada pukul 10 pagi ( 25.01.2020). Kanak – kanak tersebut terlepas daripada dikuarantin oleh pihak hospital dan ini sepatutnya tidak wajar terjadi. Virus ini semakin hari semakin serious dan ianya tidak harus diperlekehkan sebegini.

Laporan Polis Dibuat

Laporan polis dibuat oleh netizen pada 25.01.2020 atas sebab merbahayakan nyawa penduduk Malaysia. Menurut pengadu, pesakit telah terdedah kepada orang ramai dan boleh menyebabkan virus ini tersebar dengan lebih cepat dan meluas. Bapa kepada kanak-kanak tersebut juga hanya ingin anaknya dirawat menggunakan ubat batuk dan demam sahaja. Tambahan pula, mereka tidak mendapat surat kebenaran dari pihak hospital untuk membawa kanak kanak tersebut keluar.

Apa tindakan pihak berwajib ?

Persoalannya, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan. Mengapa warganegara China tersebut dilepaskan pulang begitu sahaja? Kami mahukan penjelasan yang sewajarnya mengenai isu yang semakin hangat ini.

Admin – BMF Media TV

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here