Semalam, pihak KKM telah mengesahkan bahawa terdapat tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus (2019-nCov). Difahamkan, mereka terdiri daripada seorang warga emas wanita serta dua cucu lelakinya; masing-masing berusia 11 dan 2 tahun. Meskipun dikesan di selatan tanah air, mereka kini dimasukkan ke pusat rawatan di Sungai Buloh bagi mendapatkan prosedur rawatan dan pemeriksaan selanjutnya.

Doakan semua staf kesihatan selamat amin…


Susulan itu, ramai kakitangan termasuklah para doktor dan jururawat mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar tidak dijangkiti wabak novel virus berkenaan sekali gus tersebar lebih teruk. Antaranya adalah pengguna Twitter bernama @adaazam kerana mempunyai rakan bertugas di sana dan juga Dr Sarah Aishah Suhaidi yang bakal melaporkan tugas pada Isnin nanti.

https://twitter.com/ctsarahaishah/status/1220937691686064131
gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Kenapa individu positif koronavirus dihantar ke Sungai Buloh?

Tentang persoalan di atas, saudari Norhidayah Aziz tampil menjelaskan bahawa Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan sokongan terhadap penyiasatan wabak dan aktiviti survelan. Mengulas lanjut tentang mengapa mereka tidak dihantar pulang ke China pula, perkara itu bukan mudah untuk dikendalikan kerana pelbagai faktor terpaksa diambil kira. Dalam pada itu, dia menyeru masyarakat agar mengamalkan langkah pencegahan sepatutnya dan berdoa kepada Yang Maha Esa supaya wabak ini tidak serius di Malaysia.

Sumber : Erin Sakura

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here