PEMANGKU Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah akan melakukan apa sahaja yang termampu berkaitan aduan mengenai isu Coronavirus.

Tunku Ismail bertitah, ramai yang meminta baginda untuk bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus dari China yang sedang merebak di Malaysia.

“Demi anda semua, saya, Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor (di Istana Besar Johor Bahru pada 12 Safar 1431H).

“Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah S.W.T berkati kita semua,” titah Tunku Ismail dalam satu hantaran di media sosial rasmi baginda.

Dalam hantaran itu Tunku Ismail turut mengingatkan rakyat bahawa dua tahun yang lalu baginda telah memberi pandangan tetapi telah dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur.

Menurut baginda, ketika itu rakyat yang baginda bela menyarankan agar untuk berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan.

Tunku Ismail bertitah, baginda sanggup dicaci dan dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara tetapi telah disuruh berdiam diri.

“Dan hari ini apabila negara dilanda pelbagai krisis, anda semua menyeru kepada saya untuk melakukan sesuatu. Allah S.W.T Maha Kaya, Maha Esa, Maha Adil dan Maha Berkuasa.

“Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan pada dua tahun lalu telah terjadi pada hari ini,” titah Tunku Ismail.

Menurut baginda, sepanjang dua tahun setiap hari banyak aduan disampaikan kepada baginda berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan terbaharu mengenai kesihatan.

Justeru demi rakyat, baginda tidak lagi akan berdiam diri. – Sumber Suara Merdeka


Nitezan di instagram @iphone.gadgetshop meminta bantuan TMJ supaya buat sesuatu… Dan ini jawapan TMJ

Sumber : komen diInstagram @hrhcrownprinceofjohor

Sebagai rakyat, kami berharap suatu tindakan drastik dapat diambil oleh TMJ bagi membela keselamatan rakyat Malaysia Insya Allah

Pengguna Twitter juga tidak kurangnya berikan pandangan dan harapn dalam isu corona virus ini. Dan TJM telah respon kpd mereka…

“Tak akan nak tunggu kritikal baru nak bertindak. At least try to do one correct thing. Only one. Dengar suara rakyat,” titah Tunku Ismail dalam Twitter baginda.

Dan sebagai Rakyat Di Bumi Malaysia tercinta ini, kita berharap pihak Pemerintah boleh mendengar pendapat Rakyat. Insya Allah

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here