BEIJING – Selebriti terkenal China, Wang Mengyun membuat permohonan maaf atas tindakannya mempromosi daging kelawar tiga tahun lalu.


Perkara tersebut dikongsikan oleh Mengyun melalui microblog peribadi yang menyatakan dia tidak mengetahui kelawar boleh menjadi pembawa koronavirus, lapor South China Morning Post yang memetik sumber.

Menurutnya video itu dirakamkan di Palau, sebuah kepulauan di barat Lautan Pasifik ketika dia dan kru membuat penggambaran mempromosi program pelancongan.

“Saya langsung tidak tahu ketika penggambaran itu berlaku (2017), wujud virus seperti itu. Saya hanya mengetahuinya baru-baru ini.

“Ketika penggambaran, saya telah mencuba beberapa jenis masakan tempatan termasuk sup kelawar di Palau,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi video berkenaan Mengyun dan seorang lagi wanita mengangkat mangkuk sup itu dan memandang ke kamera sambil tersenyum dan berkata, “Daging kelawar ini sangat segar dan rasanya seperti daging ayam.”

Video itu telah diturunkan namun kembali dimuat naik ribuan rakyat China lain selepas kes seakan-akan pneumonia mula direkodkan di bandar Wuhan, hujung tahun lepas.

Sumber : Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here