WUHAN: Kerajaan China hari ini berkata, jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus yang disahkan di seluruh negara meningkat kepada 2,744, dengan 769 kes baharu dikesan.

Bagaimanapun, katanya tiada kematian baharu disahkan di luar wilayah Hubei, yang sebelum ini melaporkan 24 kematian baharu, yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian di seluruh negara akibat wabak itu kepada 80 orang.

Virus itu dipercayai berpunca dari Pasar Makanan Laut Wuhan yang turut menjalankan perdagangan haram hidupan liar, dan merebak ke Beijing serta Shanghai selain ke Amerika Syarikat (AS), Thailand, Korea Selatan, Jepun, Australia, Perancis dan Kanada.

Wabak itu mengakibatkan gangguan pergerakan di China terutama di Wuhan, iaitu bandar mempunyai kira-kira 11 juta penduduk, berikutan dikenakan larangan perjalanan.

Penularan wabak itu dari awal lagi menjejaskan sambutan Tahun Baharu Cina ratusan juta pelancong dari China dan negara luar selain mengakibatkan banyak acara awam dibatalkan serta tarikan pelancongan ditutup. – AFP

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here