Wabak Coronavirus yang melanda Wuhan cukup membimbangkan ramai orang di seluruh dunia. Malah, terdapat beberapa kes yang disyaki virus tersebut telah dilaporkan di Singapura, Jepun, Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat.

Difahamkan, angka kematian kini meningkat kepada 41 orang dan lebih 1,000 orang dijangkiti virus ini di sana. Berikutan itu, sebuah hospital akan dibina dalam masa 6 hari untuk menempatkan mereka yang dijangkiti virus.

Bagi mengawal virus makin merebak, pihak berkuasa Wuhan telah menyekat penduduknya keluar dari Wuhan dan notis perintah berkurung telah dilaksanakan.

Dapat dilihat kawasan bandar, keretapi dan tempat tumpuan ramai serta banyak lagi tiada kelibat manusia. Penduduk di Wuhan juga tidak dibenarkan keluar dari wilayah Wuhan.

Mereka yang tidak dijangkiti turut tidak keluar rumah kerana bimbang akan dijangkiti virus tersebut. Malah, ramai juga yang memborong stok makanan di pasaraya supaya tidak perlu keluar rumah sehingga virus berjaya dikawal sepenuhnya.

Harga bahan makanan di sana turut menjadi mahal kerana virus tersebut dimana kebanyakan pasaraya tutup operasinya.

Penawar kepada virus ini masih lagi dalam kajian oleh penyelidik China dan Amerika. Adakah anda rasa pendekatan yang diambil seperti perintah berkurung ini efektif?

Sumber : The Vocket

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here