Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tiada tolak ansur dalam penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian bagi menyebabkan ketegangan kaum.

Beliau berkata demikian ketika pihak berkuasa mula bertindak mengekang penyebaran berita palsu berkaitan virus Wuhan di negara ini.

“Pihak kerajaan akan ambil tindakan kepada mereka yang sengaja keluarkan berita palsu untuk takut-takutkan kan rakyat di Malaysia, bahkan untuk cetus perasaan benci antara kaum di Malaysia,” katanya.

“Kebebasan media dijamin dalam negara ini, tetapi penyebaran berita palsu, berbohong untuk menimbulkan masalah tidak akan ditolak ansur dan kita akan bertindak,” katanya.


sumber : KiniTv

Kepada pihak media pula, Mahathir berkata kebebasan akhbar tidak bermaksud boleh menggangu atau membuatkan orang ramai bergaduh sesama sendiri.

“Kebebasan media dijamin dalam negara ini, tetapi penyebaran berita palsu, berbohong untuk menimbulkan masalah tidak akan ditolak ansur dan kita akan bertindak,” katanya.

Pihak berkuasa hari ini mengumumkan seorang ditangkap dan empat lagi diburu susulan penyebaran berita palsu berkaitan Virus Wuhan atau 2019 novel koronovirus (2019-nCov).

Sumber : KiniTV

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here