Penularan wabak koronavirus yang berlaku di negara China sedikit sebanyak telah mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia. Ini kerana sudah beberapa kes dilaporkan positif dan suspek sedang dikuarantin di hospital. Walau bagaimanapun, masyarakat digesa agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mencetuskan suasana panik.

Seperti perkongsian Art Fever Hafiz Rusidah di Facebook, rakaman anak saudaranya rebah ketika membeli belah bukanlah disebabkan jangkitan koronavirus. Menurut bapa saudara lagi, hasil post mortem mengesahkan Nur Izzah Izzati meninggal dunia secara mengejut.

Rebah secara tiba-tiba

Kerana mati itu pasti, kita pasti akan di jemput penciptaNya.

Alfatihah buat anakanda Nur Izzah Izzati. Tidak cepat atau terlambat walau sesaat. Sukar untuk diterima tapi kami redha Allah pinjamkan 20 tahun usiamu. Terima kasih ya Allah. Kau permudahkan urusannya. Rahmatilah dia. Terlalu mudah arwah pergi. Pasti akan menjadi ingatan buat kami yang masih hidup..

Arwah akan dikebumikan selepas zohor di masjid Sg Pinang Klang.

Sabarlah Lan Nasi Kukus Viral

Viral di Whatsapp

Video rakaman telah menjadi viral di group Whatsapp dan ada dakwaan mengatakan arwah meninggal dunia kerana virus koronavirus yang sedang hangat diperkatakan. Bapa saudara yang dimaklumkan mengenai penyebaran maklumat tidak sahih ini bertindak menjelaskan keadaan sebenar.

Bukan disebabkan virus

Allahuakbar.. Terima kasih sahabat2 yg prihatin wasap dan bertanya kabar juga cakna dengan video viral ni..Masyallah anak sedara sy ni tiba2 rebah ketika sedang membeli barang di tempat kerja beliau..BUKAN KERANA VIRUS CORONAVIRUS..HATI2 MENYEBARKAN APA YANG ANDA TIDAK PASTIPOST MORTEM ARWAH Mengatakan beliau mati mengejut.. Mudah arwah di jemput.. Bukan kerana virus.. Tolong perbetulkan..Post mortem arwah dari hospital besar kelang baru dikeluarkan pagi tadi..Alhamdulillah ramai yg hadir solat jenazah beliau selepas zohor tdi..Alfatihah buat anak saudarakuNur izzah izzati bt norazlan

Posted by Art Fever Hafiz Rusidah on Monday, 27 January 2020

Allahuakbar.. Terima kasih sahabat-sahabat yang prihatin wasap dan bertanya khabar juga cakna dengan video viral ni.

Masyallah anak sedara saya ni tiba-tiba rebah ketika sedang membeli barang di tempat kerja beliau.
BUKAN KERANA VIRUS CORONAVIRUS. HATI-HATI MENYEBARKAN APA YANG ANDA TIDAK PASTI.

POST MORTEM ARWAH mengatakan beliau mati mengejut. Mudah arwah di jemput. Bukan kerana virus. Tolong perbetulkan.
Post mortem arwah dari Hospital Besar Kelang baru dikeluarkan pagi tadi.

Alhamdulillah ramai yang hadir solat jenazah beliau selepas zohor tadi.

Alfatihah buat anak saudaraku
Nur Izzah Izzati bt Norazlan

Menurut bapa saudara lagi, hasil post mortem mengesahkan anak saudaranya meninggal dunia secara mengejut. Hal ini sama sekali tiada kaitan dengan koronavirus. Dia turut memohon agar orang ramai membetulkan keadaan dan tidak menyebarkan maklumat tidak pasti.

Sumber : Art Fever Hafiz Rusidah , OhBulan

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here