New Agriculture and Agro-Based Industry Minister Salahuddin Ayub at the ceremonies in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star     

SHAH ALAM – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub mengingatkan kepada semua pihak termasuk pengamal media supaya tidak memanipulasi isu dan menyampaikan berita kurang tepat kepada rakyat lebih-lebih lagi berkaitan isu agama dan kaum.

Menurut Salahuddin, perkara tersebut tidak membawa sebarang kebaikan, malah meretakkan hubungan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Kerajaan hari ini menunaikan janji dengan memberikan kebebasan media, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun yang sememangnya tidak berlaku sebelum ini.

“Tiada sekatan atau ugutan kepada pihak media dalam melaporkan berita dan maklumat, namun begitu ada pihak memanipulasi dan memalsukan maklumat menerusi kebebasan di media sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kebebasan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang diberikan perlu dihargai semua rakyat di negara ini.

“Rakyat perlu bertanggungjawab dengan setiap tindakan mereka. Jangan sengaja mengapi-apikan atau memanipulasi isu yang boleh mengundang rasa kurang senang antara kaum atau menyebabkan ketegangan,” katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan hari ini mempertahankan semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama seperti yang dijanjikan ketika menjadi pembangkang.

“Sepanjang saya menjadi menteri, tiada satu keputusan yang dilihat cuba menggugat teras dalam Malaysia.

“Mungkin ada sedikit isu seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD), Statut Rom, kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, isu tanglung dan isu sambutan Ponggal. Ia dikendalikan dengan baik oleh kerajaan dengan mendengar pandangan rakyat.

“Namun begitu, dalam soal tanglung dan Ponggal, mengapa ada pihak sengaja menjadikan ia sebagai isu yang boleh menyebabkan rasa hormat antara kaum di negara ini menipis.

“Kita tolak perkara seumpama ini kerana sekian lama kita meraikan perayaan antara kaum, tiba-tiba apabila kerajaan PH memerintah, ia menjadi suatu isu,” katanya.

Beliau turut menyifatkan usaha Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang menggerakkan kempen Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni sebagai langkah mengukuhkan perpaduan dan menolak kebencian antara kaum.

“Kerajaan sentiasa menyokong usaha sebegini kerana keamanan Malaysia bergantung kepada keutuhan perpaduan pelbagai kaum,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here