Saya ingin mengatakan bahawa urusan berkenaan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani masalah coronavirus berjalan dengan lancar. Semalam, semasa mesyuarat jemaah menteri saya telah melaporkan tentang tindakan-tindakan yang sedang diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia iaitu mengikut arahan tidak membenarkan pelawat-pelawat daripada Wuhan masuk ke Malaysia.

Laporan semalam mengatakan bahawa 14 warga china yang datang daripada Wuhan telah mendarat di lapangan terbang Kuala Lumpur. Tetapi kerana kita telah keluarkan arahan yang mengatakan pelawat-pelawat daripada Wuhan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, maka mereka telah dihantar pulang ke tempat asal mereka.

Ini adalah satu daripada SOP yang sudah diguna pakai untuk memastikan tidak ada pembolosan berlaku di mana mana sempadan negara kita.

Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengigatkan kepada rakyat bahawa dalam menangani isu coronovirus ini adalah jangan mempunyai pihak yang cuba memutar-mutarkan berita-berita palsu.

Saya ada terbaca dalam media sosial yang dikeluarkan oleh netizen yang bertujuan tidak baik yang boleh mengakibatkan rasa panik kepada orang lain. Jadi untuk kes tersebut, terdapat dua agensi yang terlibat untuk mengambil tindakan atas berita-berita palsu yang dikeluarkan.

Agensi-agensi yang terlibat ialah Kementerian Multimedia dan Komunikasi (KMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya difahamkan bahawa terdapat 7 kes yang telah diambil tindakan kerana mereka ini telah didapati menyebarkan berita-berita palsu.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here