Kecoh di media sosial apabila satu video viral yang memaparkan pergaduhan antara seorang lelaki dan beberapa individu lain di sebuah hospital. Mangsa yang dipukul secara bertubi-tubi dilihat tidak dapat berbuat apa-apa ketika dibelasah beberapa orang individu.

Selepas dibelasah, mangsa didapati tidak sedarkan diri. Menerusi Harian Metro, kejadian yang melibatkan mangsa yang juga merupakan seorang doktor di Hospital Sungai Petani dipercayai bermotifkan perasaan cemburu.

Dibelasah ketika bertugas

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata mangsa merupakan doktor yang sedang bertugas di klinik ortopedik hospital berkenaan sebelum dibelasah oleh sekumpulan individu.

Gaduh bermotifkan cemburu

Suspek dipercayai cemburu dengan mangsa berikutan mangsa mengenali bekas isteri suspek yang juga seorang jururawat di hospital berkenaan.

Tuntutan balas kes fasakh yang dibuat oleh suspek tidak berpihak padanya menyebabkan suspek semakin tidak berpuas hati dengan mangsa.

Suspek utama kejadian telah berjaya diberkas pihak polis sehari selepas kejadian. Suspek turut direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Motif pergaduhan itu disebabkan sifat cemburu apabila mangsa mengenali bekas isteri suspek yang juga jururawat di hospital tersebut.

Retak pada tengkorang

Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami retak pada tengkorak iaitu pada bawah mata sebelah kiri, bagaimanapun, mangsa kini dilaporkan stabil.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri dan luka pada muka serta retak di tengkorak. Tambah lagi, mangsa telah dikejarkan ke wad kecemasan zon merah selepas kejadian itu. Kes telah disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here