Dalam isu ini kami di BMF Media TV amat mengalu-alukan Sistem Pembelajaran dalam Bahasa English dilaksanakan semula. Sangat bagus. Tahniah Tun Dr Mahathir.

Keuntungan adalah kepada rakyat malaysia terutamanya anak melayu itu sendiri. Dengan tidak fasih berbahsa English membuat kan kita dipandang rendah dan dianggap second class citizen.

Disebabkan anak org ADA-ADA boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah private atau sekolah UEC mambuatkan mereka lebih nampak pandai kerana boleh berbahasa english dengan fasih.

“Rasa rendah diri dan down juga apabila tak boleh berbahasa english dengan fasih semasa interview, sedangkan candidates lain boleh ckp english.”

Rasa rendah diri dan down juga apabila tak boleh berbahasa english dengan fasih semasa interview, sedangkan candidates lain boleh ckp english. Semuanya adalah sebab sistem pendidikan yang lama tak utamakan bahasa english. Dan peluang utk dpt kerja lebih mudah jika anda boleh berbahasa english “berabuk-abuk”

Lihat sahaja Khairy Kamaluddin apa berkata-kata, disebabkan dia boleh berbahasa english dan cakap memang berabuk2 membuat kan kita dan semua rakyat Malaysia pandang tinggi kepada beliau. Ini hakikat dan fakta. Bukanlah kita pandang darjat dan sanjuangan manusia. Tetapi apa salah kita belajar English kerana ini juga satu ilmu untuk masa depan anak2 kita.

Macam ayah2 kita memang boleh fasih berbahasa english sebab mereka dahulunya ambil MCE – Malayan Certificate of Education. Dan pemimpin kita sekarang Tun Mahathir dan ramai lagi mereka ini belajar dalam sistem MCE juga. Oleh kerana itu mereka boleh memimpin negara kerana fasih berbahasa english. Semuanya dengan izin Allah SWT juga.

Dalam isu ini saya harap rakyat kene bersetuju. Jangan bantah, usah risau anak2 kita masih boleh berbahasa melayu dgn fasih sbb kat rumah kan cakap melayu. apa nak risau.

Semua ni adalah untuk masa depan anak2 kita juga. Lagi 10 tahun kita akn lihat anak2 kita fasih berbahasa english dan insya Allah masa depan mereka akan cerah.

Usah risau bahasa english tak menjadikan anak2 kita bawa agama lain. Pangkalnya kita. Mereka di UK dan Amerika yg beragama islam. Mereka membaca Al-Quran dan hadis dalam bahasa English, tak dah isu pun sebenarnya. Ia lebih menjadikan mereka taat perintah Allah SWT dan lebih tinggi keimanan mereka.

Yang penting sebagai ibu bapa kita mahu jaga solat 5 waktu dimasjid jika boleh, bawa anak2 pergi rumah Allah SWT. Jaga quran kita. Bacakan hadis Nabi SAW dirumah sebelum tidur. Insya Allah dengan cara ini boleh meningkatkan keimanan.

Dan jika ingin lebih berjaya dan berkesan buat macam Thailand dan Indonesia. Yang mengajar bahasa English atau mata pelajaran yang menggunakan bahasa English perlu di ajarkan oleh Cikgu Orang Puteh atau Cikgu Melayu yang memang tak boleh barbahasa Melayu. Kalau letak cikgu melayu maka dptkan hasil mcm sekarang ni. Buat mcm mane british buat masa MCE dulu.


Dari Sumber Berita Harian

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Perdana Menteri berkata, penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan perlu terus digalakkan terutama dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

“Kita mahu menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris, penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita, ini sangat penting. Kita perlu beri masa untuk pembelajaran bahasa Inggeris, khususnya dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

“Geografi dan Sejarah boleh datang (dipelajari) dalam mana-mana bahasa, tetapi bahasa digunakan dalam bidang Matematik dan Sains bukan bahasa ibunda kita, ia datang dari luar negara dan kebanyakannya yang datang kepada kita (Malaysia) dalam bahasa Inggeris.

“Jadi, kita akan guna bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik,” katanya pada mesyuarat khas bersama pentadbiran Kementerian Pendidikan di Putrajaya sebelum rakaman video ringkas mesyuarat itu dimuat naik dalam Twitter @chedetofficial, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan tidak menjelaskan bila bahasa Inggeris akan digunakan semula dalam pengajaran dua subjek berkenaan.

Perdana Menteri berkata, negara dan rakyat mahu melihat pembaharuan dalam sistem pendidikan.

“Saya mempunyai idea untuk pembangunan pendidikan di negara ini dan untuk itu saya mahu supaya kita boleh bekerjasama untuk mencapainya.

“Sudah tentu, pandangan saya tidak selalu popular atau diterima ramai tetapi saya rasa kita perlu berbuat sesuatu supaya anak-anak kita membesar dan dapat menangani masalah apabila mereka dewasa kelak. Ini selaras dengan tujuan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan ada kalanya timbul masalah perselisihan di antara kaum yang boleh menganggu pembangunan negara.

“Kebanyakan pembangunan Malaysia kerana adanya hubungan baik antara kaum di negara ini. Jika tiada persefahaman, sukar pembangunan hendak dilaksana.

“Jika negara tidak stabil, jika kita asyik berperang sesama sendiri, maka kita boleh lupakan saja soal pembangunan,” katanya.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat.

Dasar itu menimbulkan bantahan dan dimansuhkan pada 2012 sebelum Kementerian Pendidikan memperkenal dasar Dual Language Program (DLP) pada 2016 yang memberi pilihan kepada sekolah menentukan sendiri jika ingin mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Kelas DLP kini ada di hampir 1,300 sekolah rendah dan menengah membabitkan kira-kira 23,000 pelajar.

https://twitter.com/chedetofficial/status/1223121784645382145?s=20

“Of course my views are not always popular or acceptable to many people but I feel we have to push certain things so that our children grow up & able to tackle the problems of adult life – that is the purpose of education.” Special Meeting with @KemPendidikan Management Officials1,0771:52 PM – Jan 31, 2020

Dr Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan ketika sesi mesyuarat bersama pegawai kanan Kementerian Pendidikan. Sumber Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here