USAHA beberapa anggota polis menyelamatkan mangsa kemalangan di Kilometer 7 Jalan Bukit Pasir -Tongkang Pechah, Batu Pahat, hari ini, tular di media sosial.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Perodua Myvi dipandu Zuraidah Abdullah, 25, dari arah Tongkang Pechah ke arah Bukit Pasir dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ke dalam parit.

Akibat kejadian itu, Zuraidah dan penumpang iaitu adiknya, Zulaika Abdullah, 17, terperangkap dalam kenderaan.

Rakaman video anggota polis terjun ke dalam parit bagi mengeluarkan mangsa tular di media sosial hari ini.

Anggota polis berkenaan dilihat sedaya-upaya mengeluarkan mangsa secepat mungkin berikutan kedudukan kereta terbalik di dalam air.

RAKAMAN video anggota polis berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan pembaca

Sumber berkata, tujuh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat yang sedang melakukan rondaan di tempat kejadian bertindak turun ke dalam parit untuk menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan namun Zulaika meninggal dunia dipercayai lemas.

“Pemandu yang cedera di badan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : hmetro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here