Insiden yang melibatkan usahawan kosmetik ke tanah suci Mekah masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah isu ini mendapat pelbagai respon ketidakpuasan hati orang ramai. Pihak agensi pelancongan yang membawa mereka sekeluarga turut mengeluarkan kenyataan.

Terbaru, Pencetus Ummah Amin (PU) meluahkan kebimbangan ekoran insiden ini diketahui oleh pihak atasan Arab Saudi. Dia turut ditegur polis di sana mengenai insiden ini.

Kes dibawa ke pihak atasan

Menurut PU Amin, dia dimaklumkan oleh petugas umrah di Mekah bahawa perkara ini sudah dilaporkan ke pihak atasan. Apa yang membimbangkan jika ada sekatan atau tindakan untuk para jemaah akan datang. Perkara ini besar kerana ia mencemarkan kesucian masjid mereka kerana tindakan tidak bermoral dari usahawan kosmetik tersebut.

Tak jadi masalah jika solat bersama lelaki

Tambah PU Amin lagi, tidak salah jika maknyah atau pondan ingin mengerjakan umrah memandangkan sebelum ini ramai kaum begitu pernah pergi. Namun yang yang jadi masalahnya apabila usahawan ini memakai pakaian perempuan dan solat di tempat wanita. Ianya melanggar peraturan perjanjian kerana bercampur dengan jemaah lain.

Ditegur oleh polis

Lebih membimbangkan apabila PU Amin turut ditegur oleh pihak polis disana untuk menanyakan tentang kes ini. Dia memberi pesan agar jangan mempermainkan undang-undang di Mekah. Malah, polis tersebut juga memberi amaran kepada PU Amin agar tidak membuat hal di Tanah Arab.

Menimbulkan kebimbangan ramai

Sumber : PU Amin & OhBulan

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here