LANGSUNG | Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke- 75 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung:


‘Derma RM2.6 bilion untuk pastikan saya bebas daripada penderma lain dalam PRU13’

9.36 pagi: Najib dalam keterangannya berkata sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi untuk memastikan beliau bebas daripada penderma korporat di kalangan orang lain dalam pilihanraya umum ke-13.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela Harvinderjit Singh, bekas perdana menteri itu mengatakan ia bertujuan memastikan beliau bebas daripada perasaan terhutang budi kepada penderma lain seperti individu-individu korporat di Malaysia.

“Sebagai presiden Umno, saya mahu sumber pendapatan untuk membuatkan saya bebas daripada penderma lain, yang bermakna saya tidak mempunyai IOU (I Owe You) dengan sesiapa sahaja.

“Saya lebih selesa jika saya tidak mengambil sumbangan korporat. Saya tidak mahu rasa terhutang budi kepada sesiapa.

“Sumber derma akan memenuhi keperluan parti (Umno) yang mana bukan termasuk membeli undi (yang dinafikan Najib sebelum ini) tetapi untuk aktiviti seperti acara, papan iklan. Ia adalah keperluan apabila BN adalah sebuah parti yang terlibat (bertanding) di 222 kerusi Parlimen di seluruh negara (menjelang PRU-13), “kata Najib.

Najib menambah, menerima sumbangan politik adalah perkara biasa yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu, tanpa menyebut nama mereka.


9.20 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak memasuki kandang saksi apabila prosiding bermula.

Pasukan pembelaan akan meneruskan pemeriksaan semula terhadap tertuduh.


8.59 pagi: Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di baris hadapan galeri awam.

Turut kelihatan menunggu prosiding bermula di mahkamah ialah peguam utama beliau Muhammad Shafee Abdullah, serta anggota pendakwaan.


Bekas pengurus hubungan AmBank, Krystle Yap mungkin memberi keterangan bagi pihak pembelaan pada hari ke-75 perbicaraan terhadap Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Semalam, peguam bekas perdana menteri itu, Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak pembelaan sedang meneliti untuk menyelesaikan pemeriksaan semula terhadap tertuduh hari ini, sekali gus memberi laluan bagi Yap memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Sejak perbicaraan di peringkat pembelaan bermula pada 3 Disember tahun lalu, Najib telah menjalani pemeriksaan utama oleh pasukan pembelaan selama tiga hari, dan tertakluk kepada pemeriksaan balas selama 11 hari.

Jika pihak pembelaan menyelesaikan pemeriksaan semula terhadap Najib hari ini, ia bermakna bekas perdana menteri perlu berada di kandang saksi selama 16 hari.

Yap adalah antara senarai saksi pendakwaan yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan berikutan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Najib membela diri pada 11 November tahun lepas.

Semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan tahun lalu, Yap dirujuk dalam pelbagai keterangan, termasuk bekas pegawai penyiasat Bank Negara Ahmad Farhan Sharifuddin, yang mengetuai serbuan sepasukan pegawai dari bank pusat itu di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada Julai 2015.

Pemeriksaan semula oleh pasukan pembelaan terhadap Najib dijangka disambung semula di hadapan Nazlan sekitar jam 9 pagi ini.

Semalam, Najib antara lain memberi keterangan bahawa beliau tidak pasti  sama ada kedua-dua jaminan kerajaan, bagi RM4 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk SRC International, telah dibentangkan di Parlimen seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 2 (3) Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

Sumber : malaysiakini

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here