Kes baharu yang kedua merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Beliau telah pulang ke Malaysia pada 23 Januari 2020. Pada 29 Januari 2020, beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi.

Beliau telah disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Februari 2020 dan kini kes berada dalam keadaan stabil. KKM telah berhubung dengan Kementerian Kesihatan negara jiran tersebut dan mereka mengesahkan bahawa aktiviti contact tracing telah dimulakan. KKM sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan negara jiran yang terlibat bagi mengenalpasti sumber jangkitan berlaku.

Menteri Kesihatan Malaysia

[[ LIVE ]] Sidang Media Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad KKM

[[ LIVE ]] Sidang Media Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA #BeritaRTM #RTM #KKM

Posted by Berita RTM on Monday, 3 February 2020
Sumber : Berita RTM

“Jadi, ini adalah kes pertama jangkitan coronavirus, membabitkan rakyat kita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan setakat semalam melaporkan tiada pertambahan kes positif coronavirus dikesan di Malaysia dalam tempoh lebih tiga minggu.Semua kes positif sebelum ini membabitkan warganegara China, masing-masing tiga kes disyaki (PUI) dan lima individu dalam kalangan kontak rapat

Dr Dzulkefly berkata, lelaki rakyat Malaysia itu dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu dan dimasukkan ke wad pengasingan.

“Beliau disahkan positif 2019-nCOV semalam dan pesakit kini berada dalam keadaan stabil.

“Kementerian berhubung dengan negara jiran dan mereka mengesahkan bahawa aktiviti pengesanan kontak sudah dimulakan,” katanya.

Mengulas pengesanan kontak terhadap ahli keluarga lelaki berkenaan, Dr Dzulkefly menjelaskan, ia kini sedang dilaksana dan mereka diletakkan di bawah pemantauan di rumah. Selain itu, kementerian menjalankan pengesanan kontak terhadap kontak rapat lelaki terbabit sepanjang berada di Malaysia dalam usaha mengekang penularan wabak terbabit.

Sementara itu, kes terbaharu turut membabitkan lelaki warga China, berusia 63 tahun yang berasal dari Wuhan, China dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari lalu.

“Beliau mula mengalami demam ringan pada 23 Januari lalu dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

“Kes dimaklumkan ke kementerian dan pesakit diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 14 hari.

“Pada 2 Februari lalu, demam masih berterusan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan lanjut.

“Ujian makmal semalam didapati positif coronavirus, namun pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan berada di wad pengasingan,” katanya.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here