DEPOH simpanan kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught, Cheras di Kuala Lumpur, terbakar malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, dianggarkan sebanyak 30 kereta musnah dalam kebakaran itu.

“Bomba terima panggilan kejadian 8.04 malam dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Cheras, BBP Sentul serta BBP Hang Tuah membabitkan kekuatan 41 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya pada 10.18 malam dan tiada mangsa terbabit,” katanya.

Katanya, kemusnahan kebakaran dianggarkan 70 peratus.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here