BATU PAHAT: Seorang ibu dan dua anaknya maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka dihempap pokok kelapa sawit di Lorong Haji Ayub, Jalan Batu Puteh, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, ketiga-tiga beranak berkenaan yang berusia 48 tahun, 17 dan 12 tahun, disahkan maut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor, berkata dua jentera dengan 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Ketiga- tiga beranak yang berusia 48 tahun, 17 tahun, dan 12 tahun disahkan maut setelah dihempap pokok kelapa sawit.

“Tiga mangsa berkenaan dipercayai dari kawasan Parit Siba melalui kawasan itu sebelum dihempap pokok kelapa sawit sepanjang 2.5 meter.

“Bomba mengambil mangsa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa dan membersihkan sisa pokok.

“Ketiga tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here