Sejak kebelakangan ini, negara kita acap kali dihebohkan dengan dengan isu-isu yang dikaitkan dengan orang Melayu di Malaysia. Isu-isu sensitif seperti penindasan, diskriminasi dan banyak lagi kes-kes yang hampir setiap hari menghangatkan berita dalam negara kita.

Satu persidangan hasil gabungan NGO-NGO Melayu Islam telah diadakan bagi membela dan mempertahankan hak-hak orang melayu ini. Semangat Gelombang Rakyat (SEGAR),Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Kesatuan Melayu Nasional (KMM), dan beberapa lagi NGO termasuk BMF Media sendiri telah terlibat secara langsung dalam persidangan ini.

Terkini : Penggabungan NGO Melayu dalam mempertahankan Hak-Hak Orang Melayu

Posted by BMF MEDIA TV – official on Thursday, 6 February 2020

Melalui persidangan ini, pelbagai isu yang dianggap sebagai penindasan dan diskriminasi terhadap orang melayu telah disuarakan yang disusuli dengan cadangan tindakan susulan kepada pihak-pihak yang berkuasa bagi memperbetulkan dan menjernihkan isu-isu ini. Dijelaskan juga melalui persidangan ini bahawa segala isu yang diketengahan bukanlah palsu semata-mata tapi berasaskan fakta dan berpegang kepada perlembagaan persekutuan.

Dalam persidangan ini juga, mereka menyeru orang Melayu agar bekerjasama dalam menyebarkan berita-berita benar berkaitan isu-isu orang Melayu demi mempertahankan hak-hak orang Melayu.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here