TIGA maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga Perodua Myvi dan sebuah motosikal di Jalan Batu Pahat-Kluang berhampiran Agro Farm dekat Kluang malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.06 malam itu, pemandu daripada sebuah kereta, penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing dikenali sebagai Suparman, 36, dan Jambong, 63, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dipetik daripada portal BH Online, empat lagi mangsa yang parah adalah pemandu dan penumpang dua lagi kereta yang identitinya sedang dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Bomba Kanan II Rohaizat Hamdan berkata, empat jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, BBP Batu Pahat dan BBP Kluang dengan 25 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Tiga mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Empat lagi mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba, ” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here