SHAH ALAM – Jumlah kematian terbaru akibat koronavirus Wuhan sudah mencecah 721 orang, menjadikan wabak itu hampir menyamai jumlah kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 iaitu sebanyak 774 kematian.

Di wilayah Hubei, China, sebanyak 81 kes kematian terbaru dengan 2,841 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan.

Setakat ini, sebanyak 34,445 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan di seluruh dunia dengan Jepun mencatatkan kes terbanyak di luar China iaitu sebanyak 86 kes.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mengesahkan jumlah kes positif koronavirus Wuhan di Malaysia meningkat kepada 15 kes dengan pertambahan satu kes baharu membabitkan seorang pelancong wanita dari Wuhan, China.

Katanya, wanita berusia 59 tahun itu tiba ke negara ini bersama suami, anak lelaki dan menantunya pada 21 Januari lalu dari Singapura.

Wanita berkenaan mengalami gejala demam pada 26 Januari lalu dan hanya mengambil ubat demam yang dibeli oleh anaknya di farmasi berdekatan hotel mereka di Johor Baharu.

Sumber: Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here