Di Indonesia, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Kirah telah ditahan pihak polis selepas didakwa meliwat dan membunuh seorang remaja lelaki. Suspek dikatakan telah meliwat mangsa sebelum bertindak menanam mayat remaja berkenaan.

Diliwat dan mayat ditanam

Menerusi laporan Detik News, mangsa yang berusia 13 tahun itu dipercayai telah hilang selama 3 hari sebelum dilaporkan kepada pihak polis. Pihak berkuasa dan penduduk kampung kemudian bertindak melakukan pencarian besar-besaran untuk menjejaki mangsa yang hilang itu. Tetapi mereka langsung tidak menemui sebarang petunjuk sehinggalah seorang saksi mendakwa melihat suspek berjalan bersama mangsa pada hari remaja itu dilaporkan hilang.

Pihak polis kemudian melakukan penangkapan terhadap suspek dan dia mengakui bahawa telah mencekik mangsa tetapi mangsa tidak mati. Apa yang lebih kejam apabila suspek kemudian mengelar leher mangsa menggunakan pisau. Bukan itu sahaja, suspek juga dikatakan telah meliwat mangsa sebanyak 2 kali sebelum bertindak membunuh serta menanam mayat mangsa. Mayat mangsa yang ditanam di kawasan kebun durian itu ditutupi dengan rumput dan daun.

Hukuman mati, jika bersalah

Mayat mangsa ditemui oleh pihak polis berada dalam keadaan yang sungguh menyayat hati apabila terdapat kesan lebam dan luka pada leher mangsa. Bukan itu sahaja, pihak polis juga berjaya menemui cutter dan gunting yang berada dekat dengan kawasan mayat remaja itu ditanam.

Jurucakap polis Banjarnegara, Iga Dp Nugraha berkata, suspek akan dikenakan hukuman mati sekiranya mendapati bersalah atas tuduhan membunuh remaja berkenaan. Pihak polis kini masih menunggu keputusan bedah siasat dan beberapa siasatan lain masih dijalankan untuk mengumpul bukti berkaitan kes pembunuhan ini.

Kita masih menyiasat motif pembunuhan dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai gangguan mental dan kecenderungan seksual melampau.

Sumber: Detik NewsToday line, Oh Bulan!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here