Tidak berpuas hati dengan wang dikatakan punca seorang askar Thailand bertindak melepaskan tembakan rambang sehingga mengorbankan 20 orang mangsa. Suspek yang dikenali sebagai Jakrappanth Thomma sempat memuatnaik beberapa status ke akaun Facebook miliknya sebelum dipadam. Menurut laporan, dia dikatakan telah mencuri beberapa senjata api sebelum bergerak ke Terminal 21 di Korat.

Sementara itu, seorang wartawan juga terperangkap di dalam bangunan kejadian bersama dua orang anaknya turut dihubungi berkongsi detik cemas. Ramai orang awam terpaksa bersembunyi di dalam bilik gelap tanpa nyalakan lampu sehingga mendapat isyarat dari pihak berkuasa.

‘Kekayaan dari tipu orang’

Suspek Jakrappanth Thomma sempat memuatnaik status di laman Facebook akaun peribadinya sebelum akaun itu ditutup. Status ini telah mendapat perkongsian sebanyak 1.4ribu dan 2 ribu komen membanjiri status berkenaan. Status ini seolah memberi petunjuk kepada punca sebenar dia bertindak sedemikian.

Kekayaan dari tipu orang, ambil kesempatan pada orang lain, dia fikir dia ambil duit itu boleh dibawa guna dalam neraka nanti ke?

Malah, dipercayai juga suspek telah bertengkar dengan orang atasan disebabkan sejumlah wang dimana wang tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan rasuah.

Wartawan terperangkap

Sementara itu, seorang wartawan tempatan juga terperangkap di dalam pusat membeli-belah berkenaan ketika sedang meluangkan masa bersama anaknya. Ketika dihubungi bagi mendapatkan perkembangan situasi cemas di sana, wartawan ini terpaksa melaporkan berita dan suasana dalam nada suara perlahan.

Izinkan saya bercakap dalam suara perlahan. Kami disini masih bersembunyi lebih kurang 5 hingga 6 orang. Pihak berkuasa memberi arahan untuk menunggu isyarat keselamatan dari mereka. Ramai di antara kami berada di dalam bilik gelap, tidak buka lampu.

Tadi saya juga terhidu bau seperti kebakaran dan asap. Dan tak tahu apa yang berlaku. Sebelum ini saya bersembunyi di bilik lain dan ada orang cakap bilik itu kurang selamat, dan membuatkan saya beralih ke bilik yang saya berada sekarang ini.


Saya masih belum dapat berita untuk keluar dari sini. Saya bersama dengan seorang anak lelaki disini dan seorang anak lain bersembunyi di tandas bersama orang lain di sana.

Wartawan wanita ini terperangkap di aras 4 dalam bangunan tersebut. Manakala, ada juga rakan wartawan yang lain terperangkap di aras 5.

Suspek telah menembak kira-kira 20 orang awam termasuk pegawai askar tempatan manakala 31 orang lagi cedera dari tembakan itu.

Suspek di dalam Terminal 21

Mass shooter inside Korat's Terminal 21

EXCLUSIVE: A security camera footage shows Sgt. Jakkrapanth Thomma inside Terminal 21 shopping mall in Nakhon Ratchasiman province during his shooting rampage that killed at least 12 people. Latest info indicates he's holding 16 people as hostages.https://www.khaosodenglish.com/news/crimecourtscalamity/2020/02/08/rogue-soldier-kills-12-in-rampage-police-say/

Posted by Khaosod English on Saturday, 8 February 2020
Rakaman CCTV berdurasi 20 saat ini pula menyaksikan suspek berjalan di dalam pusat membeli-belah tersebut pada sekitar waktu 6.15 petang waktu tempatan.

‘Tunduk dan bersembunyi!’

Mass shooting at Korat's Terminal 21

"Get down!" first responders scramble for cover under sound of gunfire at Terminal 21 shopping mall in Korat where a rogue soldier shot at least 12 people dead. Video has been edited to remove graphic pictures. https://www.khaosodenglish.com/news/crimecourtscalamity/2020/02/08/rogue-soldier-kills-12-in-rampage-police-say/

Posted by Khaosod English on Saturday, 8 February 2020

Situasi menjadi semakin cemas apabila pihak berkuasa cuba bertindak dengan menyelamatkan mangsa tembakan dan pada masa yang sama mereka perlu menangkap suspek. Orang awam dan pihak berkuasa juga diingatkan untuk tunduk dan bersembunyi di belakang kenderaan bagi mengelak dari menjadi mangsa tembakan rambang itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Thailand dalam usaha misi menangkap suspek dengan mengepung seluruh bangunan Terminal 21 itu. Pasukan ‘Hanuman’ ini tiba dari Bangkok dengan menaiki helikopter selepas 40 minit berlakunya insiden tersebut.

Sumber: Workpoint Entertainment, Chutimon Prayongchaikul, Oh Bulan!

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here