LIVERPOOL: Gol ke-11 Richarlison pada musim ini membantu Everton meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace di Goodison Park, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu melonjak ke kedudukan pertandingan Eropah, hanya dua bulan selepas Marco Silva dipecat yang menyaksikan pasukan itu berada di zon penyingkiran.

Pemain Brazil itu meledak gol pada minit ke-58 selepas Jordan Pickford menebus kesilapannya dengan menyelamatkan percubaan Christian Benteke sekali gus menafikan gol penyamaan kedua buat The Eagles.

PEMAIN Everton, Richarlison menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, sebentar tadi. – Foto Reuters

Pada aksi terbabit, Bernard terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ke-20 sebelum Benteke meledak gol pertamanya sejak April untuk mengikat kedudukan.

Bagaimanapun, jaringan lewat Dominic Calvert-Lewin memastikan mata penuh buat tuan rumah.

Everton kini menghuni tangga ketujuh dan kedudukan itu membolehkan mereka bersaing dalam Liga Europa dengan mereka hanya tewas satu daripada 11 perlawanan liga diharungi.

Anak buah Roy Hodgson pula kekal enam mata di atas zon penyingkiran dan mereka bakal berdepan dua aksi penting bertemu Newcastle dan Brighton selepas rehat musim sejuk. -Agensi

PEMAIN Everton, Dominic Calvert-Lewin diasak pemain Crystal Palace, James McArthur pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, sebentar tadi. – Foto Reuters

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here