Polis Kedah akan mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat palsu mendakwa seorang individu yang tidak dikenali dipukul sehingga mati ketika upacara Thaipusam di sebuah kuil di Sungai Petani malam tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata satulaporan akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana berkongsi kandungan jelik dan mengancam.

“Itulah ‘berita palsu’. Kami akan buat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu.

“Ada insiden, tetapi tidak membawa maut. Tiada kematian dan tak ada sesiapa telah dimasukkan ke wad,” katanya ketika dihubungi.

Adzli berkata pegawai penyiasat telah menghubungi mangsa yang berada dalam keadaan”okay” dan dapat bercakap melalui telefon.

Ketika dihubungi, Bakar Arang Adun Simon Ooi juga menafikan kejadian itu, berdasarkan maklumat daripada pihak polis.

Video selama 26 saat kejadian itu dikatakan dimuat naik di Twitter malam tadi dan telah ditonton lebih 100,000 kali.

Kapsyen pada video itu mendakwa individu yang tidak dikenali itu telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas dia dipukul di sebuah kuil di mana acara Thaipusam telah diadakan.

Sumber: Malaysia Kini

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here